Thursday, April 29, 2010

Siapa kami?

Kami merupakan sekumpulan guru pelatih daripada kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Major Pendidikan Jasmani dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kami telah dipertemukan pada tahun 2006. Setelah menduduki kursus persediaan selama 3 semester, kami meneruskan perjuangan untuk memperoleh segulung Ijazah Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani untuk 8 semester. Kami terdiri daripada 18 orang ahli iaitu 13 lelaki dan 5 perempuan serta diterajui oleh tutor yang dedikasi dan dikasihi iaitu Pn. Jamaliyah Binti Ahmad. Pelbagai ilmu yang telah kami peroleh sepanjang melanjutkan pengajian di institut ini. Selain menjadi sebahagian daripada warga Jabatan Sains Sukan IPG Kampus Ilmu Khas, kami juga merupakan sebahagian daripada PJ Kaizen iaitu Kumpulan PISMP PJ Ambilan Januari 2008. Namun begitu, bagi memudahkan lagi pergerakan aktiviti kami, kami juga telah menubuhkan kumpulan yang lebih kecil iaitu Elit.7. Elit.7 adalah sekumpulan guru pelatih kursus PISMP .7 Pendidikan Jasmani yang mempunyai pelbagai perancangan untuk memastikan kemajuan dalam kumpulan. Elit.7 telah bersatu untuk memastikan setiap tugasan, perancangan dan aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya serta sanggup bersama-sama menghadapi sebarang cabaran dan dugaan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment