Thursday, April 29, 2010

Elit.7 PicCaS

Aktiviti Elit.7 (3) : Berkelah di Hutan Lipur Sg. Kanching

Tepat jam 12 tengah hari, kami warga Elit.7 telah memulakan perjalanan ke Hutan Lipur Sg. Kanching utk berkelah. Kedatangan kami ke sana dengan 3 buah kereta yang terdiri drp 16 org telah selamat sampai ke destinasi yg dituju kira-kira 40 minit kemudian. Kami berkelah, mandi-manda dan makan bersama-sama sewaktu di Sg. Kanching. Hubungan persahabatan yang wujud semakin akrab dengan aktitviti sedemikian. Kami banyak menghabiskan masa bersama dengan berbual-bual, makan-makan dan mandi-manda. Memang seronok melayan karenah kami yg supporting ini... Banyak perancangan dirancang utk aktiviti Elit.7 yg seterusnya. Oleh itu, juz wait and see...hahahks! :)


Aktiviti Elit.7 (2) : Makan-makan di rumah cuya (28 April 2010)

Pada 28 April 2010, Elit.7 telah membantu salah seorang pensyarah drp Jabatan Sains Sukan utk mengemas dan mengangkat barang-barang rumah beliau di Ampang untuk pindah ke rumah baru yg terletak di Sg. Long, Selangor. Elit.7 telah bekerjasama meminjamkan tenaga untuk membantu beliau. Setelah itu, kami bersepakat utk makan malam di rumah salah seorg warga Elit.7 yg terletak tidak jauh dr kawasan perumahan pensyarah terbabit. Kami telah menghabiskan masa bersama, berbual-bual sambil berehat seketika dan makan malam di rumahnya di Hulu Langat, Selangor.

Aktiviti Elit.7 (1) : Percutian ke Bagan Lalang (11 Mac 2010)

Seperti yang telah diketahui ahli-ahli kumpulan Elit.7 telah dipertemukan hampir empat tahun yang lalu. Walaupun terdapat pelbagai akiviti yang telah dijalankan oleh ahli-ahli kumpulan sejak mula dipertemukan, namun kewujudan nama Elit.7 ini tidak dirancang sama sekali. Tujuannya adalah untuk membantu dan menyepadukan setiap ahli dalam kumpulan.
Berikut merupakan aktiviti pertama yang diadakan oleh Elit.7 sejak ia diperkenalkan :
Percutian di Bagan Lalang (11 Mac 2010)

Siapa kami?

Kami merupakan sekumpulan guru pelatih daripada kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Major Pendidikan Jasmani dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kami telah dipertemukan pada tahun 2006. Setelah menduduki kursus persediaan selama 3 semester, kami meneruskan perjuangan untuk memperoleh segulung Ijazah Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani untuk 8 semester. Kami terdiri daripada 18 orang ahli iaitu 13 lelaki dan 5 perempuan serta diterajui oleh tutor yang dedikasi dan dikasihi iaitu Pn. Jamaliyah Binti Ahmad. Pelbagai ilmu yang telah kami peroleh sepanjang melanjutkan pengajian di institut ini. Selain menjadi sebahagian daripada warga Jabatan Sains Sukan IPG Kampus Ilmu Khas, kami juga merupakan sebahagian daripada PJ Kaizen iaitu Kumpulan PISMP PJ Ambilan Januari 2008. Namun begitu, bagi memudahkan lagi pergerakan aktiviti kami, kami juga telah menubuhkan kumpulan yang lebih kecil iaitu Elit.7. Elit.7 adalah sekumpulan guru pelatih kursus PISMP .7 Pendidikan Jasmani yang mempunyai pelbagai perancangan untuk memastikan kemajuan dalam kumpulan. Elit.7 telah bersatu untuk memastikan setiap tugasan, perancangan dan aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya serta sanggup bersama-sama menghadapi sebarang cabaran dan dugaan di masa akan datang.